Friday, June 5, 2020

PENCAPAIAN POLITEKNIK MALAYSIA

Kedudukan Terkini Akreditasi APACC (Asia Pacific Accreditation and Certification Commission),Jun 2020. 10 buah Politeknik Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi telah berjaya memperolehi akreditasi tahap tertinggi iaitu EMAS; dan 9 menduduki tangga 1 hingga 10 di kalangan 35 institusi terbaik di rantau Asia Pasifik. Pencapaian akreditasi APACC secara langsung berupaya membuktikan bahawa sistem pendidikan politeknik telah berupaya mencapai standard yang ditetapkan di peringkat antarabangsa. Penganugerahan itu menjadi penanda aras kepada pencapaian berprestasi tinggi dalam mentransformasikan pengajian politeknik ke tahap lebih cemerlang. Akreditasi APACC secara langsung berupaya memudahkan mobiliti graduan Politeknik Malaysia ke negara-negara Asean. Akreditasi APACC juga dapat mewujudkan standard setara dalam kemahiran yang diajari di institusi TVET rantau Asia Pasifik, dan memudahcara mobiliti pekerja di rantau Asia dan Pasifik. Syabas & Tahniah.

No comments:

Post a Comment